Thursday, March 17, 2011

10 petua mendapatkan pasangan I

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu jodoh jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh2 disertai dengan tawakkal, Insyaallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai yang belum bertemu jodoh kerana mudah berpatah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan negetif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristigfar, baca al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila2 masa.  Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama sangat penting.

9. Untuk leleaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila2 masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia menerima cinta.


p/s : will be continued...

No comments: