Thursday, November 24, 2011

doa.

Aku tertarik ngan post Wardina Safiyyah kt fB beliau. Post mengenai doa.

"Doa itu senjata orang mukmin. Senjata yang lebih hebat dari senapang atau bom, mampu mengegarkan dan mengubah keadaan. Doa seorang Muslim tidak memerlukan perantara. Orang Muslim seharusnya berdoa terus kepada Allah, dimana-mana pada setiap masa. Tidak perlu bomoh, Ustaz atau Ustazah. Berdoa lah sendiri dalam hati atau sekuat mata, tidak perlu pun berbahasa Arab, yang penting Ikhlas seikhlasnya. Berdoalah sambil menitis air mata, Allah mengetahui segala apa yang kita rahsiakan, segala apa yang kita nyatakan dan segala apa yang kita lakukan. Mintalah dengan yakin, seperti Nabi Ibrahim yang meminta agar tanah Arab itu subur...siapa sangka? Dan bagi saya Doa yang paling baik adalah doa yang bukan sahaja untuk diri tetapi doa untuk orang lain. Doa paling baik adalah Doa para Nabi di dalam Quran...mari kita buka dan cuba hafalkan"

No comments: